Pages

Search This Blog

December 27, 2010

'congratulationsMALAYSIA!'

70,000! itu lah jumlah penyokong setia pasukan kebangsaan yang bertandang ke Stadium Bukit Jalil semalam (26th December 2010).
Nyata, sokongan yang diberikan telah menaikan semangat semua pemain pasukan kebangsaan sehingga mereka berjaya menewaskan pasukan indonesia dengan jaringan 3-0.
Satu pencapain yang di luar jangkaan kata kebanyakan pengulas sukan.
Namun, itulah yang dibuktikan oleh anak didik K. Rajagobal.
Kawalan bola yang sempurna, penguasaan di bahagian tengah serta pertahanan yang lebih yakin dan mantap telah memastikan kejayaan ini.
Kejayaan yang akan menjadi sejarah baru buat pasukan bola sepak MALAYSIA sekiranya mereka mampu bertahan di Jakarta, Rabu ini.
NOR SHAHRUL IDLAN TALAHA! nama yang perlu diingati sekiranya MALAYSIA memenangi kejohanan ini.
Bijak, kawalan bola yang baik, mentaliti & idea yang bernas serta kemampuan yang hebat.
Ciri-ciri yang cukup sempurna sehingga membolehkan Safee Salli & Ashari Shamsudin menjaringkan gol hasil dari kebijaksannan beliau.
Credit kepada semua pemain yang telah bermain bermati-matian, berjuang demi negara, barisan pegawai, pemain simpanan serta jurulatih atas usaha untuk mengembalikan kembali maruah bola sepak negara.
special credit to NOR SHAHRUL IDLAN TALAHA, SAFEE SALLI, ASHARI SHAMSUDIN, MAHALI, MOHD MUSLIM, KHAIRUL FAHMI, KUNALAN, AMAR ROHIDAN, SAFIQ RAHIM, ASRA, AMIRULHADI, NOR SHAS atas semangat dan kesungguhan anda... TAHNIAH MALAYSIA!

No comments:

Post a Comment