Pages

Search This Blog

December 27, 2010

'laserOHlaser!'

Bersemangat aku pagi ni, bangun awal, siap cepat.
Senyum ja pagi ni suma disebabkan kejayaan MALAYSIA malam semalam. Memang bermakna la kejayaan MALAYSIA semalam. Dapat kalahkan indonesia dengan jaringan 3-0 memang sesuatu yang menakjubkan.
Tapi, mode happy aku di'spoil' kan oleh kenyataan di beberapa akhbar utama indonesia. Memang marah la aku dengan kenyataan mereka serta isi laporan-laporan dalam akhbar tersebut. Ramai yang menyalahkan pancaran 'laser' adalah punca utama yang menyebabkan kekalahan pasukan indonesia. Nampak seperti satu kenyataan pengecut dan tidak mahu kalah.
Ya. Pancaran 'laser' telah menjadi topik utama sejak kebelakangan ini. Ramai yang menyalahkan MALAYSIA dalam isu ini namun persoalannya sekarang adakah pancaran itu benar-benar datang dari penyokong kita?
Kita dapat lihat semasa perlawanan diberhentikan akibat pancaran 'laser' tersebut, K.Rajagobal memaklumkan kepada alfred bahawa pancaran itu datang dari bahagian lain dan bukannya dari bahagian penyokong MALAYSIA. Jadi wajarkah kita salahkan penyokong MALAYSIA? Bagi aku, penyokong kita sudah cukup bijak serta baik dan kita tidak memerlukan helah bodoh seperti ini untuk mengalahkan indonesia! Kita mampu dan kita telah mengalahkan indonesia!
Kalau pun pancaran laser itu datang dari penyokong 'malaysia', masih tidak logik untuk mengatakan bahawa indonesia kalah disebabkan pancaran laser tersebut. Ini kerana, kesemua gol MALAYSIA bukan datang dari sepakan percuma atau sepakan sudut sebaliknya gol padang yang cantik Mungkin media-media di indonesia sengaja ingin mengalih perhatian kita dari permasalahan sebenar. Mungkin ini alasan mereka untuk tidak mengaku kalah kepada MALAYSIA. Cuba anda baca laporan laporan Harian Metro pada hari ini berkenaan segelintir penyokong indonesia yang merosakan sebahgian kemudahan di stadium gelora bung karno kerana tidak dapat membeli tiket untuk perlawanan pada hari rabu ini. (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PSSIkenaamarankeras/Article/index_html) Perstauan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah diberi amaran oleh AFF supaya menangangi masalah ini dengan segera atau indonesia akan bermain di gelanggang berkecuali untuk final 2nd leg nanti. Kenapa laporan ini tiada di media indonesia?
Bukan aku nak mengkritik media-media di sana, tapi komen serta yang mereka ulaskan memang pedih untuk dibaca. Sebagai rakyat MALAYSIA, aku rasa pasukan kita layak diiktiraf dengan kejayaan ini dan bukannya isu 'laser' itu yang patut dipebesarkan. Tapi, aku tetap bangga dengan kejayaan MALAYSIA semalam. Aku harap dan berdoa MALAYSIA akan berjaya di Jakarta rabu ni seterusnya membawa pulang AFF Suzuki Cup ke bumi bertuah ini buat pertama kalinya. Insyallah. 
GOOD LUCK MALAYSIA!


No comments:

Post a Comment