Pages

Search This Blog

October 12, 2010

Dear Boss!(warkahUntukBosTersayang) - Part 2!

Dear Boss,

Ini kali ke-2 saya menulis mengenai Bos & Saya akan mengurangkan sedikit rasa hormat saya kepada Bos. Saya akan bahasakan diri saya AKU!

Bos, hari ini jam 3.30 petang aku pergi ke Public Bank, bank yang selalu Bos masukan gaji aku sebelum ni, Ingat x? Tapi Bos, still xmasuk, xmasuk apa? Gaji la bos xkan bonus 4 bulan gaji pulak. Gaji basic pun Bos nak bagi terkemut-kemut. Ini kan pulak bonus. Mimpi la aku kalau dapat bonus. Haish..

Bos, Bos nak tahu x apa perasaan aku masa itu Bos? Aku rasa macam nak ja aku jumpa Pegawai Bank dekat bank tu & tanya kenapa gaji aku xmasuk lagi tapi aku batalkan niat aku Bos sebab aku tahu Pegawai tu xkan ada jawapan untuk soalan aku, yala, dia mna kerja dengan hang Bos, dia kerja bank, gaji dia masuk tepat-tepat Bos, awal pulak tu.

Bos, balik ofis aku terus telefon HQ Bos. Aku cakap dengan Abang Rosli, salah seorang staff dari bahagian akaun. Aku tanya dia Bos, awat gaji aku xmasuk lagi? Bos nak tahu x apa dia jawab? ha, begini bunyinya, 'Hurrm, ntah la Hafiz, kami kat sini pun xdapat gaji lg. Duit xcukup lagi kot?'. Lepas dengar jawapan itu aku tergelak Bos, aku tergelak sebab aku ingat Abang Rosli hanya berpura-pura tapi dia sebenarnya serius.

Bos, mana pi habis duit syarikat Bos? sampai gaji pekerja pun Bos xleh nk bayar. Apa sebenarnya yang berlaku ni Bos? hhuurrmm... tapi Bos, aku xmau amik tahu pasal hal itu, Yang aku nak tahu gaji aku masuk tepat-tepat 7hb setiap bulan!! sebab itu janji Bos waktu mula-mula aku masuk kerja dulu.

Bos, apa la aku hendak jawab dekat mak ak satg bila dia tanya, 'Duit gaji ang masuk xlagi?' Bos da jawapan?

Bos, aku akan terus menulis tentang Bos selagi gaji aku xdimasukan & Bos jangan ingat aku akan puji dan berbaik-baik dengan Bos bila gaji aku dah masuk nanti. Bos, I'M STILL WAITING!

PekerjaMu,

Muhammad Hafiz Bin Mohd Noor
Tour Co-Ordinator

p/s : Aku akan terus menulis mengenai Bos aku sampai la duit gaji aku untuk bulan September masuk. Sapa suka boleh baca, sapa jemu boleh skip.

1 comment: