Pages

Search This Blog

October 28, 2010

NasiLemakSatu!

seperti yang deceritakan oleh Zambry Cassamuel kepada Muhammad Hafiz pada 25th October 2010. (Ini Kisah Benar, Percayalah!)

Ini bukan cerita pasai sarapan pagi kegemaran rakyat malaysia ya, ini cerita tentang GADIS penjual nasi lemak.

Pada suatu pagi yang indah, bebekalkan sebuah motor VS 125, seorang Pemuda yang berkerjaya, berpakain segak, berambut panjang serta mempunyai rupa 'baby face' telah pergi ke sebuah gerai tepi jalan untuk membeli nasi lemak bagi mengisi perutnya yang sentiasa lapar itu.(kuat makan budak nih) setibanya di gerai itu, kedatangan pemuda tersebut telah disambut tanpa senyuman mahupun pandangan mata, apa tah lagi ucapan 'selamat pagi' oleh gadis penjual nasi lemak yang ok la, xla cun sangat. tidak cukup dengan itu, pemuda tersebut dilayan bagai acuh x acuh oleh gadis tersebut. Kesian pemuda tersebut. Walaupun nasi lemak sudah dimiliki namun perasaan tidak puas hati mula melanda.

Hari seterusnya, pemuda tersebut p lagi ke gerai tersebut tetapi kali ini pemuda tersebut p dengan menaiki kereta MyVi kepunyaannya.(bukan niat nk balas dendam, kebetulan hujan pada hari tersebut). Alangkah tersebutnya pemuda tersebut apabila kedatangan beliau telah disambut dengan senyum manis serta suara merdu dari gadis tersebut. 'Ya Abang, Abang nak berapa bungkus nasi lemak?'. Sungguh merdu suara gadis tersebut hingga hampir pengsan pembuat air di gerai sebelah.

Tapi?? kenapa sebelum ini tidak begini gadis tersebut? Pemuda itu sudah acap kali datang ke gerai itu, tapi hari ini layananya amat berbeza sekali. Kenapa? owh, mungkin kerana Pemuda itu datang dengan Kereta, mungkin itu yang membuatkan layananya berbeza. Tersenyum pemuda itu sendirian. Hari-hari berikutnya pemuda itu di kedai tersebut sentiasa disambut senyum manis dan suara manja oleh gadis tersebut walaupun dia pergi ke kedai tersebut Berjalan Kaki!

Beginilah agaknya dunia pada masa sekarang, semuanya hanya memandang harta benda dan kekayaan. Tapi aku yakin masih ada segelintir yang masih punya akal dan fikiran untuk pikir yang mana baik & yang mana buruk. Sekian.

*Cerita ini sekadar hiburan. Tiada niat untuk memalukan siapa-siapa samada Gadis Nasi Lemak Tersebut, Pemuda tersebut mahupun Pembuat Air tersebut.

~Nasi Lemak~

No comments:

Post a Comment